Saturday, May 6, 2023

Pengenalan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada pelawat-pelawat blog ini. Terima kasih dan Selamat Datang kami ucapkan kepada kalian. Blog ini dibina oleh guru-guru pelatih Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu daripada Kumpulan A kursus BML3092 Analisis Wacana. Pembinaan blog ini adalah sebagai tugusan kumpulan kursus ini. Oleh itu, kami mengalu-alukan segala komen dan penambahbaikan daripada anda semua.

    Seperti yang telah diketahui, kajian analisis wacana atau ‘discourse analysis’ merupakan kajian yang sudah tidak asing dalam bidang lingusitik. Kajian dalam bidang ini merupakan kajian yang agak kompleks kerana wacana itu sendiri merupakan tingkat tatabahasa yang paling tinggi selepas ayat. Wacana ini merupakan sebuah teks yang utuh dan mempunyai makna yang lengkap. Bagi memahami ilmu tentang wacana dengan lebih mendalam, sila ‘terokai’ pengisian blog ini dengan baik. 

    Selain itu, bagi menghasilkan sebuah medium akademik yang terbaik, kami menjemput anda untuk memberi komen dan berkongsi pengetahuan anda tentang ilmu wacana ini. Hal ini sekaligus dapat menambah maklumat-maklumat terbaru dalam ilmu wacana.

Akhir kata, terima kasih kami ucapkan kepada anda!

No comments:

Post a Comment

Teori dan Model Wacana

Dalam analisis wacana, terdapat beberapa teori dan model yang digunakan untuk memahami dan menganalisis wacana. Berikut adalah beberapa teor...